Lompat ke kandungan

AYAT BIBLE DIJELASKAN

Ibrani 11:1​—“Iman adalah Kepastian akan Perkara-Perkara yang Diharapkan”

Ibrani 11:1​—“Iman adalah Kepastian akan Perkara-Perkara yang Diharapkan”

 “Iman ialah keyakinan yang teguh bahawa apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan. Iman ialah bukti yang kukuh bahawa apa yang dipercayai adalah nyata meskipun hal-hal itu tidak dapat dilihat.”—Ibrani 11:1, Terjemahan Dunia Baharu.

 “Iman adalah kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan, keyakinan akan perkara-perkara yang tidak dilihat.”—Ibrani 11:1, Alkitab Versi Borneo.

Maksud Ibrani 11:1

 Ayat ini menyatakan maksud iman dalam cara yang paling padat dan ringkas dalam Bible, dan menunjukkan bahawa iman bukan sekadar percaya sesuatu.

 “Iman ialah keyakinan yang teguh bahawa apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.” Dalam teks asal Ibrani 11:1, kata Yunani yang diterjemahkan sebagai “iman” membawa erti keyakinan dan kepercayaan yang teguh. Iman sebegini tidak berasaskan angan-angan, tetapi merupakan “keyakinan yang teguh.” Kata Yunani bagi ungkapan “keyakinan yang teguh” a juga boleh diterjemahkan sebagai “surat hak milik,” yang memberikan jaminan atau keyakinan kepada orang yang memilikinya.

 “Iman ialah bukti yang kukuh bahawa apa yang dipercayai adalah nyata meskipun hal-hal itu tidak dapat dilihat.” Iman hanya terhasil apabila terdapat bukti yang kukuh. Bukti itu begitu kukuh sehingga dapat meyakinkan seseorang bahawa hal itu nyata, biarpun dia tidak dapat melihatnya.

Konteks Ibrani 11:1

 Buku Ibrani merupakan surat yang ditulis oleh Rasul Paulus kepada orang Kristian abad pertama yang tinggal di Yerusalem dan di kawasan sekitarnya. Dalam bab 11, Paulus membincangkan pentingnya iman. Contohnya, dia menulis, “Tanpa iman, tidak ada seorang pun dapat menyenangkan hati Tuhan, kerana sesiapa yang menghadap Tuhan mesti percaya bahawa Dia wujud dan bahawa Dia memberikan ganjaran kepada orang yang mencari-Nya dengan bersungguh-sungguh.” (Ibrani 11:6) Selepas menyatakan maksud iman di Ibrani 11:1, Paulus menyebut contoh-contoh lelaki dan wanita dalam Bible yang menunjukkan sifat ini. Dia mengisahkan bagaimana mereka memperlihatkan iman melalui perbuatan yang selaras dengan kehendak Tuhan.—Ibrani 11:4-38.

a Kata Yunani yang diterjemahkan sebagai “keyakinan yang teguh” ialah hy·poʹsta·sis, dan boleh membawa erti “asas, atau dasar” secara harfiah.