Lompat ke kandungan

AYAT BIBLE DIJELASKAN

Roma 5:8​—“Kristus Mati bagi Kita semasa Kita Masih Berdosa”

Roma 5:8​—“Kristus Mati bagi Kita semasa Kita Masih Berdosa”

 “Beginilah caranya Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Kristus telah mati untuk kita semasa kita masih berdosa.”—Roma 5:8, Terjemahan Dunia Baharu.

 ‘Tuhan telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.’—Roma 5:8, Alkitab Berita Baik.

Maksud Roma 5:8

 Tuhan Yehuwa a menunjukkan kasih-Nya yang besar dengan mengizinkan Anak-Nya, Yesus Kristus, untuk mati demi manusia yang berdosa. (Yohanes 3:16) Oleh sebab dosa, manusia cenderung berfikir dan bertindak dalam cara yang bertentangan dengan piawaian atau standard Tuhan yang benar. (Kolose 1:21, 22) Namun, “melalui kematian Anak-Nya,” Tuhan membolehkan kita untuk berbaik semula dengan-Nya. (Roma 5:10) Hasilnya, kita berpeluang untuk menjalin hubungan yang baik dengan Tuhan sekarang dan mempunyai harapan kehidupan kekal pada masa depan.—Roma 5:11; 1 Yohanes 4:9, 10.

Konteks Roma 5:8

 Rasul Paulus menulis kata-kata ini kepada orang Kristian yang tinggal di Roma. Dalam bab 5, Paulus menjelaskan sebabnya orang Kristian dapat bersukacita dan yakin akan harapan mereka. (Roma 5:1, 2) Harapan itu berasaskan kasih Tuhan yang besar yang ditunjukkan melalui Yesus dan “tidak akan mengecewakan kita.” (Roma 5:5, 6) Yesus mematuhi Tuhan dengan sempurna. Hal itu adalah sesuatu yang gagal dilakukan manusia yang pertama, iaitu Adam. (Roma 5:19) Keingkaran Adam telah membawa dosa dan kematian bagi semua keturunannya. (Roma 5:12) Sebaliknya, kepatuhan Yesus dan kematiannya telah membolehkan manusia yang taat untuk mempunyai harapan kehidupan kekal.—Roma 5:21.

a Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat dalam Bible.—Mazmur 83:18.