Lompat ke kandungan

KAUM MUDA BERTANYA

Adakah Seks Oral Merupakan Hubungan Seks?

Adakah Seks Oral Merupakan Hubungan Seks?

 Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat, kira-kira setengah daripada orang yang ditemu ramah berumur antara 15 hingga 19 tahun pernah melakukan seks oral. Sharlene Azam, seorang penulis buku Oral Sex Is the New Goodnight Kiss, berkata, “Jika kamu bercakap dengan remaja [tentang seks oral], mereka akan berkata bahawa itu perkara kecil sahaja. Malahan, mereka tidak anggap itu sebagai melakukan hubungan seks.”

 Apakah pandangan kamu?

 Sila jawab soalan-soalan berikut.

  1.   Bolehkah seorang gadis mengandung kerana melakukan seks oral?

    1.   Ya

    2.   Tidak

  2.   Adakah seks oral membahayakan kesihatan?

    1.   Ya

    2.   Tidak

  3.   Adakah seks oral juga merupakan hubungan seks?

    1.   Ya

    2.   Tidak

 Apakah faktanya?

 Bandingkan jawapan kamu dengan jawapan yang berikut.

  1.   Bolehkah seorang gadis mengandung kerana melakukan seks oral?

     Jawapan: Tidak. Itulah sebabnya ramai orang membuat kesimpulan yang salah bahawa seks oral tidak berbahaya.

  2.   Adakah seks oral membahayakan kesihatan?

     Jawapan: Ya. Seseorang yang melakukan seks oral boleh dijangkiti dengan penyakit hepatitis (A atau B), kutil kelamin, gonorea, herpes, HIV, dan sifilis.

  3.   Adakah seks oral juga merupakan hubungan seks?

     Jawapan: Ya. Setiap perbuatan yang melibatkan alat kelamin orang lain, termasuk persetubuhan, seks oral, seks dubur, dan merangsang alat kelamin orang lain merupakan hubungan seks.

 Mengapakah berbahaya?

 Pertimbangkan beberapa ayat Bible yang berkaitan dengan topik seks oral.

 Bible menyatakan, “Kehendak Tuhan adalah supaya kamu . . . menjauhi perbuatan seks yang tidak bermoral.”​—1 Tesalonika 4:​3.

 Kata asal yang diterjemahkan sebagai “perbuatan seks yang tidak bermoral” merujuk kepada semua bentuk hubungan intim antara orang yang tidak terikat dalam perkahwinan, termasuk persetubuhan, seks oral, seks dubur, dan merangsang alat kelamin orang lain. Seseorang yang melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral akan menuai akibat buruk, dan yang paling menyedihkan lagi ialah dia kehilangan hubungan yang baik dengan Tuhan.​—1 Petrus 3:12.

 Bible menyatakan, “Sesiapa yang mengamalkan perbuatan seks yang tidak bermoral berdosa terhadap tubuhnya sendiri.”—1 Korintus 6:18.

 Seks oral bukan sahaja merosakkan kerohanian dan kesihatan seseorang, tetapi juga meninggalkan kesan yang buruk terhadap emosinya. Menurut buku Talking Sex With Your Kids, “Orang yang melakukan seks biasanya berasa diperalatkan, kecewa, dan tidak berguna. Hal ini juga boleh dialami oleh seseorang yang melakukan segala bentuk hubungan seks yang tidak patut. Tidak kira apa pun bentuknya, seks tetap seks.”

 Bible menyatakan, “Aku, Yehuwa, ialah Tuhan kamu. Aku mengajar kamu apa yang bermanfaat bagi kamu.”​—Yesaya 48:​17.

 Adakah kamu yakin bahawa perintah Tuhan tentang seks dapat melindungi kamu ataupun menyekat kebebasan kamu? Untuk mencari jawapannya, bayangkan sebuah lebuh raya yang mempunyai papan tanda had laju, lampu isyarat, dan papan tanda berhenti. Adakah kamu berfikir bahawa papan-papan tanda dan had laju yang ditetapkan itu menyekat kebebasan kamu atau melindungi kamu? Apakah yang akan berlaku jika kamu atau pemandu lain mengabaikannya?

Undang-undang lalu lintas mungkin mengehadkan pergerakan kamu, tetapi kamu dapat dilindungi daripada bahaya. Begitu juga, hukum Tuhan nampaknya seperti mengehadkan kebebasan kamu, namun hal itu dapat menyelamatkan kamu

 Begitu juga dengan piawaian moral Tuhan. Jika kamu mengabaikannya, kamu pasti menuai akibatnya. (Galatia 6:7) Menurut buku Sex Smart, “Jika kamu sering mengabaikan kepercayaan dan prinsip moral kamu, serta melakukan suatu perbuatan biarpun kamu tahu itu adalah salah, kamu akan semakin kurang harga diri.” Sebaliknya, jika kamu hidup mengikut prinsip moral Tuhan, kamu menunjukkan bahawa kamu memiliki nilai moral yang luhur. Yang penting sekali, hati nurani kamu tetap bersih di mata Tuhan.—1 Petrus 3:16.