Lompat ke kandungan

Apakah yang Dapat Saya Doakan?

Apakah yang Dapat Saya Doakan?

Jawapan Bible

 Anda boleh berdoa tentang apa sahaja yang selaras dengan kehendak Tuhan seperti yang tercatat dalam Bible. “Jika kita memohon apa sahaja yang selaras dengan kehendak [Tuhan], Dia mendengarkan kita.” (1 Yohanes 5:14) Bolehkah anda sebutkan hal-hal peribadi yang merisaukan anda? Ya. Bible menyatakan, “Curahkanlah isi hatimu kepada [Tuhan].”—Mazmur 62:8.

Perkara-perkara yang dapat anda doakan

  •   Iman kepada Tuhan.—Lukas 17:5.

  •   Roh kudus, atau kuasa suci Tuhan, untuk membantu anda melakukan apa yang benar.—Lukas 11:13.

  •  Kekuatan untuk menghadapi masalah dan menolak godaan.—Filipi 4:13.

  •   Kedamaian batin atau ketenangan.—Filipi 4:6, 7.

  •   Kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang betul.—Yakobus 1:5.

  •   Bantuan untuk memenuhi keperluan harian.—Matius 6:11.

  •   Pengampunan dosa.—Matius 6:12.