Lompat ke kandungan

Apakah Pandangan Bible tentang Krismas?

Apakah Pandangan Bible tentang Krismas?

Jawapan Bible

 Bible tidak menyatakan tarikh lahir Yesus. Bible juga tidak menyatakan bahawa kita mesti merayakan hari jadi Yesus. Menurut sebuah ensiklopedia, “Sambutan Krismas tidak berasal daripada Tuhan, dan juga tidak berasal daripada Terjemahan Baharu.”

 Jika anda mengkaji asal usul Krismas, anda akan mendapati bahawa perayaan ini berasal daripada upacara agama kafir. Bible menyatakan bahawa Tuhan marah jika kita menyembah-Nya dalam cara yang tidak diperkenankan-Nya.​—Keluaran 32:5-7.

Asal usul adat Krismas

  1.   Merayakan hari jadi Yesus: “Orang Kristian pada abad pertama tidak menyambut hari jadi Yesus kerana mereka menganggap sambutan hari jadi sebagai adat kafir.”​—The World Book Encyclopedia.

  2.   25 Disember: Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Yesus dilahirkan pada tarikh ini. Para pemimpin gereja mungkin memilih tarikh ini kerana tarikh ini jatuh sempena perayaan-perayaan kafir pada solstis musim sejuk.

  3.   Hadiah, jamuan, berpesta: Sebuah ensiklopedia menyatakan bahawa “banyak adat Krismas berasal daripada perayaan Saturnalia, iaitu pesta orang Roma yang diadakan pada pertengahan bulan Disember. Adat Krismas seperti jamuan besar-besaran, memberikan hadiah, dan menyalakan lilin, berasal daripada perayaan Saturnalia.” (The Encyclopedia Americana) Sebuah lagi ensiklopedia menyatakan bahawa semasa Saturnalia, “semua aktiviti perniagaan dan kerja dihentikan.”​—The Encyclopædia Britannica.

  4.   Lampu Krismas: Menurut sebuah ensiklopedia, orang Eropah menghias rumah mereka “dengan beraneka jenis lampu dan pokok” untuk menyambut perayaan solstis musim sejuk dan untuk melawan roh-roh jahat.​—The Encyclopedia of Religion.

  5.   Daun mistletoe, pokok holly: “Golongan Druid percaya bahawa daun mistletoe mempunyai kuasa sakti. Pokok holly pula disembah kerana pokok ini melambangkan bahawa matahari akan kembali.”​—The Encyclopedia Americana.

  6.   Pokok Krismas: “Pemujaan pokok ialah adat orang Eropah, dan adat ini masih diamalkan meskipun mereka telah memeluk agama Kristian.” Salah satu cara mereka mengamalkan adat ini adalah dengan “meletakkan sebatang pokok Yule di pintu masuk atau di dalam rumah semasa perayaan pertengahan musim sejuk.”​—Encyclopædia Britannica.