Lompat ke kandungan

Bolehkah Iblis Mempengaruhi Manusia?

Bolehkah Iblis Mempengaruhi Manusia?

Jawapan Bible

 Pengaruh Iblis dan roh-roh jahat begitu kuat sehingga Bible menyatakan, “Seluruh dunia ini di bawah kuasa Iblis.” (1 Yohanes 5:​19, Alkitab Berita Baik) Bible menjelaskan cara-cara Iblis menyesatkan manusia.

  •   Tipu muslihat. Bible menggalakkan orang Kristian untuk “melawan tipu muslihat Iblis.” (Efesus 6:​11, Terjemahan Baru) Salah satu tipu muslihatnya adalah dengan menyesatkan orang untuk percaya bahawa hamba-hamba Iblis ialah hamba Tuhan.—2 Korintus 11:13-​15.

  •   Spiritisme. Iblis menyesatkan orang melalui bomoh, tukang tilik nasib, dan mereka yang mengamalkan ilmu ghaib atau ramalan bintang. (Ulangan 18:10-​12) Penggunaan dadah, hipnosis, dan teknik meditasi yang mengosongkan fikiran juga mendedahkan seseorang kepada pengaruh roh-roh jahat.​—Lukas 11:24-​26.

  •   Agama palsu. Agama-agama yang mengajar ajaran palsu menyesatkan orang untuk tidak mentaati Tuhan. (1 Korintus 10:20) Bible menyebut ajaran palsu sedemikian sebagai “ajaran roh-roh jahat.”​—1 Timotius 4:1.

  •   Dirasuk roh-roh jahat. Bible mencatatkan kisah orang yang dirasuk oleh roh-roh jahat. Kadangkala mereka menjadi buta atau bisu, bahkan ada yang mencederakan diri sendiri.​—Matius 12:22; Markus 5:​2-5.

Cara menghindari pengaruh Iblis

 Anda tidak perlu takut akan pengaruh Iblis kerana Bible mengajar kita cara untuk melawannya dengan berjaya:

  •   Kenal pasti cara-cara yang digunakan oleh Iblis “kerana kita bukannya tidak mengetahui muslihatnya.”​—2 Korintus 2:​11.

  •   Pelajari Bible dan terapkan apa yang dipelajari. Dengan demikian, anda akan dilindungi daripada pengaruh Iblis.—Efesus 6:11-18.

  •   Musnahkan benda-benda yang berkaitan dengan roh-roh jahat. (Kisah 19:19) Contohnya, buku, majalah, poster, muzik, dan video yang mengandungi unsur spiritisme.