Lompat ke kandungan

Adakah Poligami Diizinkan?

Adakah Poligami Diizinkan?

Jawapan Bible

 Buat suatu jangka waktu, Tuhan mengizinkan seorang lelaki untuk mempunyai lebih daripada seorang isteri. (Kejadian 4:19; 16:1-4; 29:18-29) Tetapi poligami bukanlah tujuan asal Tuhan. Dia hanya memberikan seorang isteri kepada Adam.

 Tuhan menyuruh Yesus Kristus untuk mengajar orang tentang tujuan asal-Nya tentang perkahwinan, iaitu monogami. (Yohanes 8:28) Apabila orang menanya Yesus tentang perkahwinan, dia berkata, ‘Dia yang menciptakan manusia pada mulanya menciptakan lelaki dan perempuan. Dia juga berfirman, “Itulah sebabnya seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya dan tinggal bersama isterinya, lalu mereka berdua akan menjadi satu.”’—Matius 19:4, 5.

 Pada kemudian hari, salah seorang pengikut Yesus yang diilhami Tuhan telah menulis, “Hendaklah setiap lelaki mempunyai isteri sendiri, dan hendaklah setiap wanita mempunyai suami sendiri.” (1 Korintus 7:2) Bible juga menyatakan bahawa seorang lelaki Kristian yang sudah berkahwin dan diberikan tanggungjawab di sidang haruslah “mempunyai seorang isteri sahaja.”—1 Timotius 3:2, 12.