Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY

Serlahkan Teks​—Android

Serlahkan Teks​—Android

Semasa membaca dan mempelajari bahan terbitan di JW Library, anda boleh menyerlahkan (highlight) satu perkataan atau ayat.

Ikutlah langkah-langkah berikut untuk serlahkan teks:

 Tambah Penyerlah Teks

Terdapat dua cara untuk menyerlahkan teks.

Tekan beberapa saat pada satu perkataan dan gerakkan penunjuk yang disediakan untuk memilih bahagian yang ingin diserlahkan. Apabila satu menu muncul, tekan ikon Serlahkan dan pilih warna yang diingini.

Cara lain adalah dengan menyentuh pada satu ayat lalu seret jari anda untuk mewarnakan teks. Selepas itu, satu menu akan muncul. Anda boleh menggunakan menu itu untuk menukar warna atau memadam penyerlah tersebut.

 Tukar Penyerlah Teks

Untuk menukar warna penyerlah, tekan pada teks yang berwarna lalu pilih warna yang baru. Untuk memadam penyerlah, tekan pada teks yang berwarna lalu tekan butang Padam.

Ciri-ciri ini boleh didapati sejak November 2015 di JW Library 1.6, yang boleh digunakan bagi Android 4.0 atau versi yang seterusnya. Jika anda tidak melihat ciri-ciri ini, sila ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam rencana “Cara Menggunakan JW Library​—Android,” bahagian Dapatkan Ciri-Ciri Terkini.