Lompat ke kandungan

Kiri: Seorang penterjemah membuat Bahasa Isyarat Afrika Selatan untuk buku Bible. Kanan: Sepasang suami isteri guna video Bahasa Isyarat Afrika Selatan semasa penyembahan keluarga

25 JANUARI 2022
AFRIKA SELATAN

Para Pegawai di Afrika Selatan Puji Saksi-Saksi Yehuwa kerana Bantu Orang Pekak

Dua Lagi Buku Kecil Bible Dihasilkan dalam Bahasa Isyarat Afrika Selatan

Para Pegawai di Afrika Selatan Puji Saksi-Saksi Yehuwa kerana Bantu Orang Pekak

Di Afrika Selatan, para penyokong orang pekak mengungkapkan penghargaan kepada Saksi-Saksi Yehuwa kerana menyediakan video bermutu tinggi dalam Bahasa Isyarat Afrika Selatan (SASL) untuk bantu orang pekak tingkatkan mutu hidup mereka. Hal ini berlaku selepas pengeluaran buku Galatia dan Efesus dalam Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu untuk SASL pada 15 November 2021. Setakat ini, 10 buku kecil dalam Bible telah dihasilkan bagi SASL. Empat lagi buku Bible telah dijadualkan untuk pengeluaran selewat-lewatnya pada April 2022. Semua ini terdapat di jw.org dan aplikasi JW Library Bahasa Isyarat.

Berkenaan para Saksi, Minna Steyn, seorang pendidik dan timbalan ketua Kerajaan Western Cape berkata, “Saya sangat suka lihat mereka yang guna bahasa isyarat dalam video itu. Tahniah kepada mereka dan organisasi mereka kerana mutu dan standard bahasa isyarat yang tinggi.”

Bongani Makama, Presiden Persekutuan Orang Kurang Upaya di Eswatini pula berkata, “Kami puji Saksi-Saksi Yehuwa kerana membolehkan mereka yang pekak dan mempunyai pendengaran terbatas untuk mendapat manfaat yang sama seperti orang yang dapat dengar.” Dia menambah, “[Orang pekak] sepatutnya ada Bible dalam bahasa mereka. Sebab itu, kami puji Saksi-Saksi Yehuwa kerana sediakan buku-buku tersebut dalam bahasa yang menyentuh hati masyarakat pekak. Kami menanti-nantikan kesemua 66 buku kecil Bible dalam bahasa isyarat.”

Kira-kira 450,000 orang di Afrika Selatan gunakan SASL. Terdapat 283 penyiar yang pekak atau mempunyai pendengaran terbatas di Afrika Selatan. Usaha Saksi-Saksi Yehuwa membolehkan “segala macam orang” belajar kebenaran Bible yang tepat, termasuk orang pekak di kawasan jagaan pejabat cawangan Afrika Selatan.—1 Timotius 2:4.