Lompat ke kandungan

Sebuah jambatan di Sainte-Marie-de-Beauce, Quebec tidak boleh digunakan kerana dilanda banjir

17 MEI 2019
KANADA

Banjir yang Teruk di Kanada

Banjir yang Teruk di Kanada

Ribuan orang di tiga daerah di Kanada terpaksa berpindah kerana dilanda banjir yang teruk. Ketiga-tiga daerah yang dimaksudkan ialah daerah New Brunswick, daerah Ontario, dan daerah Quebec. Di daerah Quebec sahaja, sekitar 9,000 orang telah dipindahkan dari rumah mereka.

Pejabat cawangan di Kanada melaporkan bahawa terdapat 44 buah rumah saudara saudari kita di Quebac yang mengalami kerosakan. Di New Brunswick dan Ontario, tidak ada kerosakan yang dilaporkan tetapi dua daerah itu masih dilanda banjir.

Para penyelia litar di Quebec sedang bekerjasama dengan para penatua tempatan untuk menggalakkan saudara saudari. Selain itu, wakil daripada pejabat cawangan juga melawat kawasan yang paling teruk dilanda banjir untuk menggalakkan saudara saudari di situ. Di kawasan Beauce, saudara dan saudari kita telah mula membuat pembersihan dan telah membersihkan lumpur daripada 20 buah rumah saudara saudari kita. Jawatankuasa Bantuan Bencana ditubuhkan di Sainte-Marthe-sur-le-Lac untuk membaiki rumah saudara saudari yang mengalami kerosakan.

Kita berdoa agar saudara saudari kita di Kanada akan terus bergantung pada Yehuwa untuk mendapatkan ‘kuasa dan kekuatan.’—Keluaran 15:2.