Lompat ke kandungan

24 DISEMBER 2021
KANADA

Mengingat Warisan Rohani dari Kem Buruh Kanada

Mengingat Warisan Rohani dari Kem Buruh Kanada

Pada musim panas tahun 1946, pihak berkuasa Kanada membebaskan Saksi-Saksi Yehuwa dari beberapa kem buruh yang terletak di kawasan terpencil Kanada. Hampir 300 saudara muda terpaksa melakukan kerja buruh di kem kerana mereka menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani. Oleh sebab saudara-saudara kita bertabah, iman mereka lebih teguh semasa mereka keluar dari kem. Tahun ini menandakan tahun yang ke-75 semenjak para saudara kita dibebaskan dari kem-kem buruh di Kanada. Saudara Don MacLean, iaitu saudara terakhir yang masih hidup, kata, “Pengalaman-pengalaman yang saya lalui semasa perang telah menguatkan saya. Saya selalu bersyukur kepada Yehuwa semasa mengingat pengalaman saya pada masa itu.”