Lompat ke kandungan

Rumah seorang saudari berdekatan Port Vila telah musnah

17 MAC 2023
VANUATU

Vanuatu Dibadai Dua Taufan Dahsyat

Vanuatu Dibadai Dua Taufan Dahsyat

Dari 1-4 Mac 2023, dua taufan yang tergolong dalam Kategori 4 telah melanda Vanuatu. Pada mulanya, Taufan Judy telah membadai dan menyebabkan sedikit kerosakan. Tidak lama kemudian, kawasan yang sama dilanda Taufan Kevin. Taufan kedua ini mengakibatkan kemusnahan yang teruk di beberapa pulau di sekitar Vanuatu, termasuk pulau utama, iaitu Pulau Efate.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari yang terkorban

  • 3 rumah musnah

  • 30 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 2 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan bantuan praktikal dan melegakan hati saudara saudari yang terkesan

  • Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana ditubuhkan untuk menyelia kerja bantuan bencana

Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus “menenangkan dan melegakan” saudara saudari kita di Vanuatu.—Mazmur 94:19.