Kejadian 23:1-20

  • Kematian Sara dan tempat pengebumiannya (1-20)

23  Sara hidup selama 127 tahun. Demikianlah jangka hayatnya.+  Sara meninggal di Kiryat-arba,+ iaitu Hebron,+ yang terletak di Kanaan.+ Abraham mula menangis dan meratapi kematian Sara.  Kemudian Abraham meninggalkan mayat isterinya lalu berkata kepada orang Het,+  “Aku ini orang asing yang menetap bersama kamu.+ Izinkanlah aku membeli sebidang tanah di negeri kamu supaya aku dapat mengebumikan isteriku.”  Lalu orang Het menjawab,  “Tuan, dengarlah kata-kata kami. Tuan ialah pemimpin yang dilantik oleh Tuhan.*+ Kebumikanlah isteri tuan di kuburan kami yang terbaik. Kami sudi memberikan tanah kuburan untuk mengebumikan isteri tuan.”  Lalu Abraham bangun dan bersujud kepada orang Het,+ iaitu penduduk di situ.  Dia berkata, “Jika kamu membenarkan aku mengebumikan isteriku di sini, dengarlah apa yang ingin aku katakan. Tolonglah minta Efron anak Zohar  supaya menjual Gua Makhpela yang terletak di pinggir tanahnya kepadaku. Aku akan memberinya perak yang secukupnya+ di hadapan kamu semua untuk membeli gua itu sebagai tempat pengebumian.”+ 10  Pada masa itu, Efron sedang duduk bersama-sama orang Het yang lain. Jadi Efron, orang Het itu, menjawab Abraham di hadapan semua orang Het di situ, dan di hadapan semua orang yang sudah masuk melalui gerbang kota.+ Dia berkata, 11  “Tidak tuan, dengarkanlah aku. Di hadapan semua orang yang sebangsa denganku, aku memberikan tanah dan gua di situ kepada tuan. Kebumikanlah isteri tuan di situ.” 12  Maka Abraham bersujud di hadapan semua penduduk di situ, 13  dan berkata kepada Efron di hadapan semua orang, “Dengarkanlah kata-kataku. Aku akan memberimu perak yang secukupnya untuk membeli tanahmu. Terimalah perak daripadaku, supaya aku dapat mengebumikan isteriku di situ.” 14  Kemudian Efron berkata kepada Abraham, 15  “Tuanku, dengarlah. Tanah ini bernilai 400 syekel* perak. Wang itu tidak begitu penting. Kuburkanlah sahaja isteri tuan.” 16  Abraham setuju dengan Efron, lalu dia menimbang jumlah perak yang disebut oleh Efron di hadapan orang Het, iaitu 400 syekel perak, dengan timbangan yang digunakan oleh para saudagar.+ 17  Maka, tanah yang dimiliki Efron di Makhpela, berdekatan Mamre, termasuk gua dan semua pokok yang berada di dalam sempadan kawasan tanah itu, disahkan sebagai 18  milik Abraham. Dia telah membelinya di hadapan semua orang Het dan di hadapan semua orang yang berada di gerbang kota. 19  Setelah itu, Abraham mengebumikan isterinya Sara di dalam gua di tanah Makhpela, yang berdekatan Mamre, iaitu Hebron, di Kanaan. 20  Demikianlah Abraham membeli tanah dan gua yang ada di situ daripada orang Het, lalu dia mengebumikan isterinya di situ.+

Nota Kaki

Atau mungkin, “pemimpin yang agung.”