Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 7:1-17

  • Empat malaikat menahan angin pembinasaan (1-3)

  • 144,000 orang dimeterai (4-8)

  • Kumpulan besar manusia memakai jubah putih (9-17)

7  Selepas itu, aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi. Mereka memegang erat keempat-empat angin bumi supaya tidak ada angin yang dapat bertiup di bumi, di laut, atau pada pokok-pokok.  Lalu aku nampak satu lagi malaikat naik dari arah matahari terbit* sambil membawa meterai yang diterima daripada Tuhan yang hidup. Dia berseru dengan suara lantang kepada keempat-empat malaikat yang diizinkan untuk merosakkan bumi dan laut,  “Jangan rosakkan bumi atau laut atau pokok-pokok sehingga kami meletakkan meterai+ pada dahi hamba-hamba Tuhan kita.”+  Aku mendengar bahawa mereka yang dimeterai itu berjumlah 144,000 orang.+ Mereka yang dimeterai berasal daripada setiap suku Israel:+  12,000 dimeterai daripada suku Yehuda;12,000 daripada suku Ruben;12,000 daripada suku Gad;  12,000 daripada suku Asyer;12,000 daripada suku Naftali;12,000 daripada suku Manasye;+  12,000 daripada suku Simeon;12,000 daripada suku Lewi;12,000 daripada suku Isakhar;  12,000 daripada suku Zebulon;12,000 daripada suku Yusuf;12,000 dimeterai daripada suku Benyamin.  Selepas itu, aku nampak kumpulan besar manusia yang jumlahnya tidak dapat dihitung oleh sesiapa pun. Mereka datang daripada semua bangsa, suku, kaum, dan bahasa.+ Mereka berdiri di hadapan takhta dan di hadapan Anak Bebiri dengan memakai jubah putih+ sambil memegang pelepah palma di dalam tangan mereka.+ 10  Mereka terus berseru dengan suara yang lantang, “Penyelamatan datang daripada Tuhan kita yang duduk di atas takhta+ dan daripada Anak Bebiri.”+ 11  Semua malaikat berdiri di sekeliling takhta, para penatua,+ dan empat makhluk hidup itu. Mereka bersujud di hadapan takhta dan menyembah Tuhan 12  dengan berkata, “Amin! Semoga pujian, kemuliaan, kehormatan, dan kesyukuran, diberikan kepada Tuhan kita untuk selama-lamanya. Dialah yang mempunyai segala kebijaksanaan, kuasa, dan kekuatan.+ Amin.” 13  Kemudian salah seorang penatua bertanya kepadaku, “Siapakah mereka yang memakai jubah putih itu?+ Dari manakah mereka datang?” 14  Dengan segera aku menjawab, “Tuanlah yang tahu jawapannya.” Lalu dia berkata kepadaku, “Merekalah yang selamat mengharungi kesengsaraan besar.+ Mereka telah mencuci dan menjadikan jubah mereka putih dengan darah Anak Bebiri.+ 15  Itulah sebabnya mereka berada di hadapan takhta Tuhan dan menjalankan khidmat suci kepada Tuhan di Rumah-Nya siang dan malam. Dia yang duduk di atas takhta+ akan membentangkan khemah-Nya untuk melindungi mereka.+ 16  Mereka tidak akan lapar atau dahaga lagi. Matahari atau panas terik juga tidak akan mencederakan mereka,+ 17  kerana Anak Bebiri+ yang berdiri berhampiran dengan takhta akan menggembala mereka+ dan memimpin mereka ke mata air kehidupan.+ Tuhan juga akan menyapu segala air mata mereka.”+

Nota Kaki

Atau “arah timur.”