Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kebanyakan agama mengajarkan bahawa manusia mempunyai roh yang akan terus hidup selepas seseorang mati

TOPIK UTAMA | APAKAH AJARAN BIBLE TENTANG HIDUP DAN MATI?

Soalan yang Membingungkan

Soalan yang Membingungkan

TERDAPAT pelbagai pandangan tentang kehidupan dan kematian. Sesetengah orang percaya tentang kehidupan di dunia akhirat, manakala yang lain pula percaya mereka akan dilahirkan semula. Ada juga yang berpendapat bahawa kematian mengakhiri segala-galanya.

Anda mungkin mempunyai kepercayaan sendiri yang dibentuk oleh budaya dan latar belakang anda. Memandangkan terdapat begitu banyak pendapat yang berlainan tentang apa yang berlaku selepas kematian, dari manakah kita dapat menemui jawapan yang sebenar?

Selama ratusan tahun, hampir semua agama​—Kristian, Hindu, Yahudi, dan lain-lain lagi​—mengajarkan bahawa manusia mempunyai roh yang akan terus hidup selepas seseorang mati. Penganut agama Buddha pula percaya bahawa apabila seseorang berulang kali dilahirkan semula, dia dapat mencapai Nirwana dan dibebaskan daripada penderitaan.

Ajaran sebegini menyebabkan orang ramai percaya bahawa selepas seseorang meninggal, dia dapat hidup di dunia yang lain. Dalam pandangan kebanyakan orang, kematian ialah proses yang penting dalam kitaran hidup dan merupakan sebahagian daripada kehendak Tuhan. Namun, apakah yang diajarkan Bible? Jawapannya mungkin tidak seperti yang anda sangka. Sila baca rencana yang seterusnya.