Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Bekerjasama bermaksud anda berdua seperti juruterbang dan pembantu juruterbang yang mengikut pelan penerbangan yang sama

SUAMI ISTERI

2: Kerjasama

2: Kerjasama

MAKSUDNYA

Suami isteri yang bekerjasama adalah seperti juruterbang dan pembantu juruterbang yang mengikut pelan penerbangan yang sama. Biarpun masalah timbul, suami isteri akan berfikir tentang “kita” dan bukannya “aku.”

PRINSIP BIBLE: “Mereka bukan lagi dua tetapi satu.”​—Matius 19:6.

“Perkahwinan bukanlah acara perseorangan. Suami dan isteri mesti bekerjasama untuk menjayakannya.”​—Christopher.

MENGAPA PENTING

Sewaktu masalah timbul, suami isteri yang tidak bekerjasama akan cenderung menyalahkan satu sama lain dan bukannya menyelesaikan masalah. Akhirnya, hal kecil pun dapat jadi isu besar.

“Kerjasama penting dalam perkahwinan. Jika saya dan suami tidak bekerjasama, kami hanyalah rakan sebilik yang tinggal bersama, tetapi tidak sehati sejiwa semasa membuat keputusan besar.”​—Alexandra.

LANGKAH-LANGKAH

UJILAH DIRI

  • Adakah saya memandang pendapatan sendiri sebagai “semuanya milikku”?

  • Perlukah saya berjauhan dengan pasangan saya untuk relaks sepenuhnya?

  • Adakah saya kurang rapat dengan saudara-mara pasangan saya, biarpun dia agak rapat dengan mereka?

BINCANGLAH DENGAN PASANGAN ANDA

  • Dalam aspek apakah kita bekerjasama dengan baik?

  • Aspek manakah yang perlu kita mantapkan?

  • Apakah langkah-langkah yang dapat kita ambil untuk mengukuhkan semangat berpasukan kita?

TIP

  • Bayangkan anda dan pasangan anda sebagai lawan di gelanggang badminton. Apakah langkah yang dapat diambil supaya anda berdua menjadi satu pasukan?

  • Daripada berfikir, “Macam mana saya dapat menang?” fikirlah, “Macam mana kami berdua dapat menang?”

“Lupakan tentang siapa betul dan salah. Kedamaian dan perpaduan dalam perkahwinan jauh lebih penting.”​—Ethan.

PRINSIP BIBLE: “Jagalah kepentingan orang lain, dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.”​—Filipi 2:3, 4.