Lompat ke kandungan

Khazanah Rohani Kita

Baca tentang orang dan peristiwa dalam sejarah moden Saksi-Saksi Yehuwa.

Kisah-Kisah Sejarah

Menyiarkan Berita Baik melalui Radio

Bagaimanakah Saksi-Saksi Yehuwa menggunakan stesen radio WBBR untuk menyebarkan mesej Kerajaan Tuhan?

“Musim yang Berharga”

Zion’s Watch Tower mengatakan bahawa musim Peringatan ialah ‘musim yang berharga’ dan menggalakkan pembaca untuk menyambutnya. Bagaimanakah Peringatan disambut pada masa dahulu?

“Terdapat Banyak Kerja Menuai yang Masih Perlu Dilakukan”

Terdapat lebih daripada 760,000 Saksi-Saksi Yehuwa yang menyebarkan kebenaran Bible di Brazil. Bagaimanakah kerja penyebaran bermula di Amerika Selatan?

Kasih Menyebabkan Kafeteria Itu Berjalan Lancar

Jika anda menghadiri konvensyen Saksi-Saksi Yehuwa sejak tahun 1990-an, anda mungkin kagum dengan aturan yang dibuat untuk tahun-tahun yang sebelumnya.

Cara Benih Kerajaan Tuhan Mula-Mula Disemai di Portugal

Apakah cabaran yang dihadapi penginjil masa awal di Portugal?

1870 hingga 1918

Menyebarkan Berita Baik di Ireland melalui Ceramah Umum

Apakah yang meyakinkan C. T. Russell bahawa ladang “sudah menguning dan siap untuk dituai”?

Iman Selama 100 Tahun

Tahun ini ialah ulang tahun ke-100 “Drama-Foto Penciptaan’ yang bertujuan untuk membina iman dalam Bible sebagai Firman Tuhan.

“Drama Eureka” Membantu Ramai Menemui Kebenaran

Tayangan singkat ini yang diambil daripada “Drama-Foto Penciptaan” boleh ditunjukkan di kawasan terpencil yang tidak mempunyai bekalan elektrik.

“Saya Menuai Hasil yang Memuliakan Yehuwa”

Walaupun Pelajar Bible tidak memahami isu keneutralan dengan sepenuhnya semasa Perang Dunia Pertama, keikhlasan mereka membuahkan hasil baik.

Mereka Berteguh pada “Masa Kesusahan”

Baca bagaimana sewaktu Perang Dunia I tercetus pada 1914, Pelajar Bible mendapat perhatian di pentas dunia akibat pendirian neutral mereka.

1919 hingga 1930

“Diamanahkan Kerja Menginjil”

Sebuah peristiwa berlaku pada tahun 1919 menandakan permulaan kerja yang membawa kesan yang besar di seluruh dunia.

“Dengan Semangat dan Kasih yang Kian Membara”

Selepas menghadiri konvensyen tahun 1922, bagaimanakah Pelajar Bible menyahut seruan untuk ‘mengumumkan Raja kita dan Kerajaannya’?

‘Itulah Berita yang Terbaik’

Pada tahun 1926, Pelajar Bible, atau Saksi-Saksi Yehuwa, sudah mempunyai stesen radio sendiri di empat bandar di Kanada.

Cahaya Rohani Bersinar di Negara Matahari Terbit

Kenderaan Yehu dibina khas untuk meluaskan kerja penyebaran di Jepun.

Drama Penciptaan Ditayangkan Tepat pada Masanya!

Ketahui bagaimana “Drama Penciptaan” membantu para Saksi di Jerman menghadapi ujian iman pada Perang Dunia Kedua.

“Yehuwa Membawa Anda Ke Perancis untuk Mempelajari Kebenaran”

Perjanjian antara kerajaan Perancis dan kerajaan Poland pada tahun 1919 telah membawa hasil yang tidak diduga.

“Saya Seperti Kura-kura yang Membawa Rumahnya ke Mana-mana Sahaja”

Pada lewat 1929, sistem ekonomi serata dunia mengalami Zaman Meleset. Bagaimanakah penyebar sepenuh masa menangani krisis ini?

1931 hingga Sekarang

Mereka Tetap Kuat Secara Rohani pada Masa yang Susah

Selepas Perang Dunia Kedua, saudara saudari di Eropah hidup susah. Apakah yang dapat kita belajar daripada pengalaman mereka?

Bersatu Padu di Negara yang Berpecah Belah

Apakah yang dilakukan oleh Saksi-Saksi Yehuwa di Afrika Selatan untuk menangani situasi aparteid? Apakah yang dapat kita belajar daripada mereka?

Pertubuhan Kebudayaan yang Mengajarkan Kebenaran Bible

Selama 50 tahun, Saksi-Saksi Yehuwa di Mexico didaftarkan sebagai persatuan sivil dan kebudayaan. Walaupun ibadat kami disekat, Yehuwa terus memberkati kerja kami.

“Tiada Apa-Apa Pun yang Harus Menghalang Anda!”

Ketabahan dan semangat pekhidmat sepenuh masa di Perancis pada tahun 1930-an menjadi teladan.

“Tiada Jalan yang Terlalu Susah atau Terlalu Jauh”

Semasa akhir tahun 1920-an dan awal tahun 1930-an, perintis yang bersemangat bertekad untuk menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan di kawasan pedalaman Australia yang luas.

“Bila Kita Akan Berhimpun Lagi?”

Mengapakah konvensyen kecil di Bandar Raya Mexico, tahun 1932, begitu istimewa?

Raja Sangat Gembira!

Bacalah bagaimana seorang raja di Swaziland menghargai peluang untuk mempelajari kebenaran Bible.

Lightbearer Membawa Cahaya Rohani ke Asia Tenggara

Walaupun menghadapi tentangan, para petugas kapal Lightbearer menyebarkan kebenaran Bible dengan berani di kawasan luas yang mempunyai banyak penduduk.

Kereta Bunyi Dikenali Jutaan Orang

Dari tahun 1936 hingga 1941, “kereta bunyi Watch Tower” membolehkan ramai orang di Brazil mendengar berita baik Kerajaan Tuhan.

“Penyiar Kerajaan di Britain—Bangunlah!!”

Tiada kemajuan pesat dalam bilangan penyiar di Britain selama 10 tahun! Bagaimanakah hal itu berubah?

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa di New Zealand Suka akan Kedamaian dan Mematuhi Ajaran Bible?

Pada 1940-an, mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa dianggap sebagai organisasi yang mengancam keselamatan masyarakat?

Mereka Memberikan yang Terbaik

Bagaimanakah Saksi-Saksi Yehuwa segera membantu rakan seiman di Jerman selepas Perang Dunia Kedua?

Mengajar Orang di Serata Dunia untuk Membaca dan Menulis

Para pegawai kerajaan di pelbagai negara memuji Saksi-Saksi Yehuwa atas usaha mereka mengajar orang untuk membaca dan menulis.