Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Thomas Jackson/​Stone via Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Mencari Sumber Harapan bagi 2024​—Apakah yang Bible Katakan?

Mencari Sumber Harapan bagi 2024​—Apakah yang Bible Katakan?

 Ramai orang tidak dapat mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi dunia ini. Namun, kita dapat menemui harapan bagi masa depan. Dari mana kita dapat memperoleh harapan sejati?

Bible memberikan harapan

 Masalah-masalah yang kita hadapi sekarang buat kita hilang harapan. Dalam Bible, Tuhan berjanji bahawa Dia akan menyelesaikan semua masalah kita. Tidak lama lagi, Tuhan “akan menyapu semua air mata [kita], dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:4.

Bagaimana Bible dapat membantu anda sekarang

 Harapan Bible dapat bantu anda melawan perasaan negatif dan mempunyai pandangan yang lebih positif. (Roma 15:13) Nasihat Bible sangat berguna dan dapat bantu anda menangani cabaran hidup seperti masalah kesihatan, kemiskinan, dan ketidakadilan.

 Semoga 2024 menjadi tahun yang penuh dengan kebahagiaan untuk anda dan keluarga anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara Bible dapat membantu anda. Cubalah kursus pembelajaran Bible kami yang percuma. Belajarlah bagaimana Tuhan dapat memberi anda ‘kedamaian, harapan, dan masa depan yang baik.’​—Yeremia 29:11.