Lompat ke kandungan

Ketika Bencana Melanda, Kasih Mendorong Kami untuk Bertindak

Ketika Bencana Melanda, Kasih Mendorong Kami untuk Bertindak

Pada masa yang sukar, Saksi-Saksi Yehuwa membantu rakan seiman dan orang lain. Mereka melakukannya kerana kasih merupakan tanda pengenal bagi orang Kristian sejati.​—Yohanes 13:35.

Senarai berikut merupakan sebahagian daripada bantuan yang telah diberikan dalam jangka masa 12 bulan, yang berakhir pada pertengahan tahun 2012. Senarai ini tidak merangkumi bantuan rohani dan emosi yang juga selalu diberikan sewaktu bencana melanda. Kebanyakan bantuan diaturkan oleh Jawatankuasa Bantuan Bencana yang dilantik oleh pejabat cawangan. Selain itu, sidang-sidang tempatan juga turut menyokong aturan ini.

Jepun

Jepun: Pada 11 Mac 2011, gempa bumi yang mengakibatkan tsunami telah melanda bahagian utara Jepun. Bencana tersebut mengakibatkan beratus-ratus ribu orang menderita. Saksi-Saksi Yehuwa di seluruh dunia telah menyumbangkan wang, tenaga, dan harta milik mereka dengan murah hati. Tontonlah video kami tentang bantuan yang diberikan kepada mangsa bencana di Jepun.

Brazil: Banjir, tanah runtuh, dan banjir lumpur, telah mengorbankan ratusan nyawa. Saksi-Saksi Yehuwa mengirimkan 42 tan makanan yang tidak mudah rosak, 20,000 botol air, 10 tan pakaian, 5 tan alat pembersihan, dan ubat-ubatan serta keperluan lain.

Congo (Brazzaville): Apabila sebuah kawasan pembuangan senjata api meletup, rumah 4 orang Saksi-Saksi Yehuwa telah musnah dan rumah 28 orang Saksi yang lain telah dirosakkan. Makanan dan pakaian telah diberikan kepada mangsa, dan Saksi-Saksi Yehuwa di kawasan tempatan menyediakan tempat tinggal bagi mereka.

Congo (Kinshasa): Ubat-ubatan diberikan kepada mangsa-mangsa kolera. Pakaian juga disumbangkan kepada mangsa banjir, akibat hujan lebat. Bantuan perubatan, benih tumbuhan, dan pakaian dikirim ke kem-kem pelarian.

Venezuela: Hujan lebat telah menyebabkan banjir dan banjir lumpur. Jawatankuasa Bantuan Bencana telah membantu 288 orang Saksi-Saksi Yehuwa. Lebih daripada 50 buah rumah baharu telah dibina. Selain itu, jawatankuasa tersebut menghulurkan bantuan kepada keluarga yang tinggal di kawasan banjir di sekitar Tasik Valencia.

Filipina

Filipina: Taufan telah menyebabkan banjir di sesetengah kawasan negara ini. Pejabat cawangan mengirim makanan dan pakaian kepada mangsa bencana. Saksi-Saksi Yehuwa di kawasan tempatan membantu melakukan kerja pembersihan setelah air surut.

Kanada: Setelah kebakaran hutan yang besar berlaku di Alberta, Sidang Slave Lake menerima sumbangan yang banyak daripada Saksi-Saksi Yehuwa di kawasan itu, untuk membantu dalam kerja pembersihan. Memandangkan hanya sebahagian wang yang diperlukan, wang yang selebihnya telah disumbangkan kepada mangsa-mangsa bencana alam di negara lain.

Côte d’Ivoire: Sebelum, semasa, dan selepas perang melanda negara ini, barang-barang keperluan, tempat tinggal, dan bantuan perubatan telah diberikan kepada mangsa peperangan.

Fiji: Hujan lebat yang telah mengakibatkan banjir besar, menyebabkan 192 keluarga Saksi-Saksi Yehuwa kehilangan ladang, yang merupakan sumber makanan dan pendapatan mereka. Bantuan makanan telah diberikan kepada mereka.

Ghana: Mangsa banjir di bahagian timur negara ini dibekalkan dengan makanan, biji benih, dan rumah sementara.

Amerika Syarikat: Puting beliung telah merosakkan 66 buah rumah dan memusnahkan 12 buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa di tiga negeri yang terletak di Amerika Syarikat. Meskipun kebanyakan rumah itu dilindungi insurans, bantuan kewangan juga tersedia untuk membantu kerja pemulihan.

Argentina: Sidang-sidang Saksi-Saksi Yehuwa membantu orang yang tinggal di kawasan selatan negara ini. Rumah mereka telah rosak akibat daripada abu gunung berapi.

Mozambique: Lebih daripada 1,000 mangsa kemarau telah disalurkan bantuan makanan.

Nigeria: Bantuan kewangan telah diberikan kepada 24 orang Saksi-Saksi Yehuwa yang mengalami kecederaan akibat daripada satu kemalangan yang melibatkan sebuah bas. Bantuan juga disalurkan kepada orang yang tinggal di kawasan utara negara ini yang kehilangan rumah akibat daripada perbalahan etnik dan agama.

Benin: Ubat-ubatan, pakaian, kelambu, air yang bersih, dan tempat tinggal diberikan kepada mangsa banjir.

Republik Dominica

Republik Dominica: Setelah Taufan Irene berlaku, sidang-sidang tempatan membantu membaiki rumah dan memberikan bantuan kebendaan.

Habsyah: Bantuan kewangan telah diberikan kepada mangsa yang tinggal di satu kawasan yang mengalami banjir dan dua kawasan yang mengalami kemarau.

Kenya: Bantuan kewangan telah diberikan kepada mangsa kemarau.

Malawi: Bantuan telah diberikan kepada mereka yang tinggal di kem pelarian di Dzaleka.

Nepal: Rumah seorang Saksi mengalami kerosakan akibat tanah runtuh. Namun, tempat tinggal sementara telah disediakan untuknya, dan bantuan juga diberikan oleh sidang tempatan.

Papua New Guinea: Sekumpulan orang membakar lapan buah rumah Saksi dengan sengaja. Aturan telah dibuat untuk membina semula rumah-rumah itu.

Romania: Beberapa orang Saksi-Saksi Yehuwa kehilangan rumah mereka akibat banjir. Bantuan telah diberikan untuk membina semula rumah-rumah mereka.

Mali: Negara jiran, Senegal, memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang kekurangan makanan kerana hasil tuaian yang merosot akibat kemarau.

Sierra Leone: Para Saksi yang bekerja sebagai doktor di Perancis memberikan bantuan perubatan kepada Saksi-Saksi Yehuwa yang pernah tinggal di kawasan perang.

Thailand: Banjir besar telah melanda beberapa wilayah di negara ini. Pasukan yang membantu mangsa bencana telah membaiki dan membersihkan 100 buah rumah dan 6 buah Dewan Perjumpaan.

Republik Czech: Setelah banjir merosakkan beberapa buah rumah di Republik Czech, Saksi-Saksi yang tinggal berdekatan Slovakia membantu mangsa bencana.

Sri Lanka: Kebanyakan kerja membantu mangsa tsunami telah dilakukan di negara ini.

Sudan: Makanan, pakaian, kasut, dan kepingan plastik dikirimkan kepada Saksi-Saksi Yehuwa yang telah dipindahkan akibat rusuhan di negara ini.

Tanzania: Semasa banjir besar melanda, 14 buah keluarga kehilangan harta milik mereka. Sidang-sidang tempatan menyumbangkan pakaian dan perlengkapan rumah kepada mereka. Sebuah rumah telah dibina semula.

Zimbabwe: Kemarau telah menyebabkan kebuluran melanda di sebuah kawasan di negara ini. Makanan dan wang diberikan kepada mangsa kebuluran.

Burundi: Orang-orang pelarian telah diberi bantuan, termasuklah bantuan perubatan.