Lompat ke kandungan

Galeri Foto Britain 9 (September 2019 hingga Februari 2020)

Galeri Foto Britain 9 (September 2019 hingga Februari 2020)

 Dalam galeri foto ini, anda akan melihat bagaimana kerja pembinaan untuk pejabat cawangan baharu Saksi-Saksi Yehuwa di Britain disiapkan, dan bagaimana ahli Bethel mula menggunakan bangunan-bangunan ini antara September 2019 hingga Februari 2020.

  1. Bangunan Pengeluaran Utara (Pengeluaran Video)

  2. Bangunan Pengeluaran Selatan (Penyelenggaraan dan Perkhidmatan)

  3. Bangunan Pejabat

  4. Kediaman A

  5. Kediaman B

  6. Kediaman C

  7. Kediaman D

  8. Kediaman E

  9. Kediaman F

10 September 2019—Bangunan Pejabat

Para pekerja landskap sedang menyediakan tanah untuk menabur benih rumput. Kediaman A dan B kelihatan di belakang.

19 September 2019—Bangunan Pejabat

Sebuah kolam yang dihiasi dengan indah terletak di belakang Bangunan Pejabat. Kolam ini dan kolam-kolam lain di tapak Chelmsford menggunakan sistem takungan air yang mirip dengan sistem aliran yang semula jadi. Sistem ini membantu menjernihkan air, mengurangkan risiko banjir, dan mengindahkan alam sekitar bagi manusia mahupun haiwan.

19 September 2019—Bangunan Pejabat

Sepasang suami isteri, yang merupakan tukang kayu, memasang sesekat pejabat yang baharu.

14 Oktober 2019—Kediaman A

Salah seorang anggota dari kumpulan seni bina menggunakan pengaras laser untuk memasang tanda pada pintu bilik gunting rambut.

28 Oktober 2019—Tapak pejabat cawangan

Seorang tukang kayu sedang memasang tanda. Tanda-tanda seperti ini terdapat di sepanjang kaki lima pejabat cawangan yang luasnya 34 hektar untuk memberikan panduan kepada penghuni dan pelawat.

4 November 2019—Bangunan Pengeluaran Utara

Seorang ahli bomba tempatan memeriksa tekanan air dari pili bomba.

14 November 2019—Bangunan Pejabat

Seorang ahli Jawatankuasa Projek Pembinaan mengendalikan penyembahan pagi untuk memastikan semua kelengkapan berfungsi dengan baik. Program tersebut juga disiarkan melalui Internet kepada keluarga Bethel di London.

19 November 2019—Bangunan Pengeluaran Utara

Seorang juruelektrik sedang memasang lampu isyarat di tempat masuk ke kawasan yang tidak terbuka untuk orang ramai.

19 November 2019—Tapak sementara untuk menyelia kerja pembinaan

Para pekerja mengasingkan dawai tembaga agar dapat dikitarkan semula.

25 November 2019—Tapak sementara untuk menyelia kerja pembinaan

Seorang pemandu pelancong di Pusat Pelawat menjelaskan pelan tapak. Lebih daripada 95,000 pelawat telah mengunjungi tapak tersebut semasa pembinaan berlangsung.

5 Disember 2019—Bangunan Pejabat

Seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Britain menyampaikan ceramah kepada pasukan pembinaan dalam mesyuarat bulanan yang terakhir sebelum ahli Bethel mula menggunakan kemudahan tersebut. Lebih daripada 11,000 pekerja sukarela menggunakan masa dan tenaga mereka agar dapat menyertai projek ini.

10 Disember 2019—Bangunan Pengeluaran Utara

Pasukan Video Serantau dan Bahagian Siaran Tempatan sedang dilatih untuk menggunakan rigging di studio. Mereka membungkus kasut mereka dengan plastik biru untuk melindungi lantai.

30 Disember 2019—Bangunan Pejabat

Para pekerja menyapukan pasir untuk menutup celah di antara bata-bata pada jalan yang menuju ke Bangunan Pejabat.

16 Januari 2020—Bangunan Pengeluaran Selatan

Seorang mekanik sedang membaiki bas mini di bengkel yang baharu. Memandangkan kemudahan pejabat cawangan baharu terletak di kawasan yang sama, ahli Bethel tidak lagi perlu menaiki bas untuk pergi ke tempat kerja setiap hari. Kenderaan yang tidak lagi digunakan akan dijual. Di bahagian belakang gambar adalah sebuah kenderaan yang digunakan oleh pasukan Penyelenggaraan Tapak.

29 Januari 2020—Kediaman D

Para pekerja sukarela menurunkan barang-barang kepunyaan seorang ahli Bethel. Pada bulan Januari dan Februari, sebanyak 27 orang membantu ahli Bethel memindahkan barang-barang mereka. Pada awal bulan Mac, seluruh keluarga Bethel sudah tinggal dan bekerja di pejabat cawangan yang baharu.

6 Februari 2020—Bangunan Pejabat

Para pekerja dapur menyediakan salad untuk keluarga Bethel.

7 Februari 2020—Tapak Kediaman Sementara

Tapak kediaman sementara dipindahkan selepas dijual. Semasa kerja pembinaan, para pekerja tinggal di kediaman sementara seperti ini, yang terletak berdekatan dengan pejabat cawangan yang baharu. Kediaman ini ialah sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan pengeluaran karbon semasa projek ini. Rancangan tersebut telah diiktiraf oleh BREEAM (sebuah organisasi yang memeriksa kesan yang dihasilkan daripada pembangunan terhadap alam sekitar) sebagai rancangan yang inovatif. Di bahagian belakang gambar merupakan kediaman-kediaman yang baharu.

14 Februari 2020—Bangunan Pejabat

Ahli Bahagian Penterjemahan memasang bilik kalis bunyi yang akan digunakan untuk membuat rakaman audio. Selain daripada sistem rakaman yang ada di pejabat para penterjemah, studio ini boleh digunakan oleh pasukan penterjemah bahasa peribumi seperti bahasa Gaelik Scotland dan Ireland yang di bawah jagaan pejabat cawangan Britain.

24 Februari 2020—Bangunan Pejabat

Seorang saudara dari Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan (LDC) sedang bercakap dengan seorang wakil LDC dari kawasan England tenggara melalui telekonferens video. Wakil-wakil sebegini sering berhubung dengan pejabat cawangan untuk membincangkan pembinaan dan penyelenggaraan Dewan Perjumpaan. Di bahagian belakang gambar, ahli LDC yang lain sedang membincangkan sistem pemanasan dan pengudaraan bagi Dewan Perjumpaan yang baharu dan yang diubahsuaikan.

25 Februari 2020—Bangunan Pejabat

Para pekhidmat ulang-alik yang baharu berada di lobi. Mereka akan menghadiri sebuah acara untuk menyambut kedatangan mereka dan untuk memperkenalkan bahagian yang ditugaskan bagi mereka. Apabila pejabat cawangan Britain di Chelmsford mula digunakan, hampir 500 pekhidmat ulang-alik bekerja bersama ahli Bethel. Di bahagian belakang gambar, para juruteknik menguji dan menyelaraskan skrin TV yang akan digunakan untuk pameran bagi para pelawat.