Lompat ke kandungan

Galeri Foto Warwick 3 (Januari hingga April 2015)

Galeri Foto Warwick 3 (Januari hingga April 2015)

Dalam galeri foto ini, lihatlah kemajuan projek pembinaan ibu pejabat sedunia baharu Saksi-Saksi Yehuwa dari Januari hingga April 2015.

Lukisan bangunan Warwick yang siap dibina. Dari kiri atas, mengikut arah jam:

  1. Bangunan Penyelenggaraan Kenderaan

  2. Tempat Letak Kenderaan Pelawat

  3. Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni

  4. Kediaman B

  5. Kediaman D

  6. Kediaman C

  7. Kediaman A

  8. Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

2 Januari 2015​—Bangunan Penyelenggaraan Kenderaan

Harold Corkern, pembantu kepada Jawatankuasa Penerbitan Badan Pimpinan, menyampaikan ceramah Bible yang bertajuk “Menyerlahkan Potensi Anda.” Para penceramah sering mengunjungi Warwick untuk menggalakkan pekerja di situ.

14 Januari 2015​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Penutup plastik yang berwarna putih melindungi para pekerja dan membantu mereka menyiapkan tugas semasa musim sejuk. Tempat makan, dapur, tempat rawatan, dan tempat dobi akan ditempatkan di bahagian bangunan ini.

16 Januari 2015​—Kediaman D

Para juruelektrik bersedia memasang wayar. Lebih daripada 12,000 meter kabel sudah pun dipasang dalam bangunan kediaman. Kerja elektrik di Warwick bermula tidak lama setelah tempat itu dibeli, dan akan berterusan sehingga projek pembinaan selesai.

16 Januari 2015​—Kediaman A

Seorang pekerja menutupi balkoni dengan pita sebagai persiapan untuk kerja kalis air. Dalam gambar ini, balkoni di tingkat teratas dilapisi dengan polimetil metakrilat (PMMA)​—sejenis selaput kalis air yang dapat disapukan seperti cecair.

23 Januari 2015​—Kediaman A

Seorang ayah bekerja dengan anak perempuannya untuk memasang wayar yang menghantar kuasa elektrik ke setiap bilik.

6 Februari 2015​—Bangunan Penyelenggaraan Kenderaan

Para pekerja yang lapar menikmati makan tengah hari di ruang makan sementara. Setiap hari, makanan tengah hari perlu disiapkan untuk lebih daripada 2,000 orang.

12 Februari 2015​—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni

Pasukan struktur memasang tetulang untuk tingkat bawah tanah bengkel penyelenggaraan.

12 Februari 2015​—Kediaman C

Surat penghargaan daripada adik-adik kepada pekerja pembinaan. Ramai pekerja sukarela hanya mengikuti projek untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kira-kira 500 orang pekerja baru tiba di situ setiap minggu. Pada bulan Februari, sekitar 2,500 orang yang bekerja dalam projek Warwick setiap hari.

24 Februari 2015​—Tapak Warwick

Hampir 60 peratus projek itu sudah selesai. Dari Januari hingga April 2015, struktur utama bangunan kediaman dan struktur keluli Bangunan Pejabat/Perkhidmatan telah disiapkan. Sepanjang masa itu, para pekerja juga mula memasang panel konkrit pada Bangunan Penyelenggaraan, membina laluan yang menghubungkan bangunan kediaman, dan memulihara empangan di Tasik Sterling Forest (Blue Lake).

25 Februari 2015​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Pandangan dari bawah tangga. Kontraktor yang diupah membina rangka untuk bangunan yang tingginya lima tingkat, dan pekerja sukarela Saksi menuangkan konkrit.

26 Februari 2015​—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni

Pada hari yang sejuk, pasukan struktur memasang tetulang untuk tingkat pertama. Hampir 127 sentimeter salji turun di Warwick antara bulan Januari dan Mac. Terdapat pasukan yang membersihkan salji supaya kerja dapat berlangsung, dan ada tempat untuk para pekerja memanaskan badan.

12 Mac 2015​—Tempat Letak Kenderaan Pelawat

Kepingan logam dipasangkan pada kekuda bumbung pasang siap. Menjelang akhir bulan April, kebanyakan bumbung untuk bangunan kediaman telah disiapkan dan dipasang. Menjelang pertengahan bulan Jun, bumbung terakhir akan siap dipasang di Kediaman B.

18 Mac 2015​—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni

Pemandangan dari kren menara, ke arah Kediaman B.

18 Mac 2015​—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni

Tukang-tukang paip melihat lakaran binaan di Garaj Tempat Letak Kenderaan Penghuni. Lebih daripada 3,400 lakaran binaan yang diluluskan diperlukan untuk seluruh projek ini.

23 Mac 2015​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Para pekerja menaiki lif dan memasang penutup plastik untuk melindungi bangunan. Banyak program latihan disediakan untuk memastikan para pengguna mengendalikan lif dan peralatan lain dengan selamat. Kelas-kelas keselamatan merangkumi latihan untuk penggunaan lif, cara melindungi diri supaya tidak jatuh, orientasi umum, penggunaan alat membantu pernafasan, serta penggunaan kren dan pemberian isyarat.

30 Mac 2015​—Tapak Warwick

Memandang ke arah barat, ke arah bangunan kediaman. Pada hujung April, kerja mekanikal dan elektrik giat dijalankan di Kediaman A, B, dan D, seperti yang ditunjukkan dalam foto ini. Kerja pemasangan papan gipsum dan jubin serta kerja mengecat dalam Kediaman C (tidak kelihatan dalam foto ini) sudah pun bermula.

15 April 2015​—Kediaman B

Dua orang pekerja di atas lif menyapu lapisan cat di dinding luar. Cat ini kedap udara tetapi menyerap wap. Masa sekitar dua bulan diperlukan untuk menyapu cat ini pada setiap bangunan kediaman.

27 April 2015​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Tukang-tukang batu membina dinding granit. Bahagian bangunan ini akan menjadi tempat penerimaan barang. Perkhidmatan-perkhidmatan sokongan yang lain juga akan ditempatkan dalam bangunan ini.

30 April 2015​—Tapak Warwick

Juruselam yang diupah menukar injap baru dalam Blue Lake. Dengan menekan butang, paras air di tasik dapat dikurangkan untuk mencegah banjir sekiranya taufan melanda.