Lompat ke kandungan

Lawatan Bethel

Kami mengalu-alukan anda untuk melawat pejabat cawangan kami, yang dikenali ramai sebagai Bethel. Sesetengah pejabat kami juga mempunyai pameran tanpa pemandu.

Lawatan Disambung Semula: Di banyak negara, lawatan ke pejabat cawangan kami telah disambung semula sejak 1 Jun 2023. Sila hubungi cawangan yang ingin anda lawat untuk mendapatkan butiran. Sila jangan lawat jika anda diuji positif COVID-19, mempunyai tanda-tanda selesema, atau baru-baru ini terdedah kepada seseorang yang positif COVID-19.

Brazil

Maklumat Lawatan

Buat Tempahan

Lihat atau Ubah Tempahan

Muat Turun Brosur Lawatan

Pameran

Bible dan Pengarangnya. Pameran ini memberi Pengarang Bible, iaitu Tuhan Yehuwa, penghormatan yang layak diterima oleh-Nya dan menyerlahkan tema utama Bible: Kerajaan Tuhan. Para pelawat boleh melihat bagaimana Bible dipelihara sehingga hari ini dan bagaimana Yehuwa memastikan mesej asalnya tetap sama meskipun para penentang telah berusaha untuk mengubahnya.

Pameran Bersejarah. Pameran ini menunjukkan bagaimana Yehuwa telah memberkati kerja penyebaran di Brazil selama lebih daripada 120 tahun. Para pelawat boleh melihat kajian sejarah terbaharu yang menemui maklumat tentang permulaan dan perkembangan kerja di Brazil meskipun terdapat tentangan dan penganiayaan.

Alamat dan Nombor Telefon

Dapatkan Arah