Lompat ke kandungan

BIBLE MENGUBAH HIDUP

Mereka Menjumpai “Sebutir Mutiara yang Bermutu Tinggi”

Mereka Menjumpai “Sebutir Mutiara yang Bermutu Tinggi”

 Yesus mengajar bahawa Kerajaan Tuhan akan menyelesaikan semua masalah manusia. (Matius 6:10) Di Matius 13:44-46, dia memberikan dua perumpamaan berikut untuk menunjukkan nilai kebenaran tentang Kerajaan Tuhan:

  •   Seorang lelaki yang sedang bekerja di sebuah ladang menjumpai harta terpendam tanpa disangka.

  •   Seorang saudagar yang menjelajah ke merata tempat untuk mencari mutiara yang bermutu, menemui sebutir mutiara yang bermutu tinggi.

 Kedua-dua lelaki ini dengan senang hati, rela menjual segala yang dimiliki mereka untuk mendapatkan harta yang mereka baru sahaja jumpai. Dua lelaki itu menggambarkan orang yang begitu menghargai Kerajaan Tuhan sehingga mereka membuat pengorbanan yang besar untuk mendapatkan berkat Kerajaan. (Lukas 18:29, 30) Dalam video ini, lihatlah kisah dua orang yang telah melakukan perkara yang serupa dengan dua lelaki dalam perumpamaan Yesus.