Lompat ke kandungan

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Menerima Rawatan Perubatan?

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Menerima Rawatan Perubatan?

 Ya, Saksi-Saksi Yehuwa menerima ubat-ubatan dan juga rawatan perubatan. Walaupun kami berusaha untuk menjaga tubuh badan dan mengekalkan kesihatan yang baik, kadangkala kami juga “memerlukan doktor.” (Lukas 5:31) Bahkan, seperti Lukas pada abad pertama, terdapat juga Saksi-Saksi Yehuwa yang bekerja sebagai doktor.—Kolose 4:14.

 Kami menolak sesetengah rawatan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Bible. Contohnya, kami tidak menerima transfusi darah kerana Bible melarang pengambilan darah untuk menunjang kehidupan. (Kisah 15:20) Demikian juga, Bible melarang kita daripada menerima rawatan kesihatan ataupun prosedur yang berkaitan dengan amalan ilmu sihir.—Galatia 5:19-21.

 Walau bagaimanapun, kebanyakan rawatan perubatan tidak bertentangan dengan prinsip Bible. Oleh itu, setiap orang harus membuat pilihan sendiri. Seorang Saksi mungkin memilih untuk menerima ubat atau rawatan tertentu, manakala seorang Saksi yang lain pula mungkin menolak rawatan yang sama itu.—Galatia 6:5.