Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 54

Peranan “Hamba yang Setia dan Bijaksana”

Peranan “Hamba yang Setia dan Bijaksana”

Yesus ialah kepala sidang dan dia telah melantik “hamba yang setia dan bijaksana” untuk membimbing pengikutnya di bumi. (Efesus 5:23; baca Matius 24:45.) “Hamba” itu diberikan kuasa tetapi dia harus mematuhi Yesus sebagai tuannya dan berkhidmat untuk saudara-saudara Kristus. Siapakah “hamba” itu, dan bagaimanakah dia menjaga kita?

1. Siapakah “hamba yang setia dan bijaksana”?

Sejak dulu lagi, Yehuwa menggunakan seorang atau sekumpulan lelaki untuk membimbing umat-Nya. (Maleakhi 2:7; Ibrani 1:1) Selepas kematian Yesus, para rasul dan penatua di Yerusalem memimpin umat Yehuwa. (Kisah 15:2) Hari ini, sekumpulan kecil penatua yang dipanggil Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa menyediakan makanan rohani untuk umat Tuhan dan memimpin kerja penyebaran sedunia. Maka, Badan Pimpinan ialah “hamba yang setia dan bijaksana, yang dilantik oleh [Yesus].” (Matius 24:45a) Setiap ahli Badan Pimpinan ialah orang Kristian terurap yang mempunyai harapan untuk memerintah bersama Yesus di syurga.

2. Apakah makanan rohani yang disediakan oleh “hamba yang setia dan bijaksana”?

Yesus kata bahawa hamba ini akan “memberi [orang Kristian] makanan pada masa yang sesuai.” (Matius 24:45b) Sepertimana makanan jasmani memberi kita tenaga dan membantu kita tetap sihat, makanan rohani, iaitu ajaran daripada Firman Tuhan, membantu kita tetap setia dan melakukan kerja yang diamanahkan oleh Yesus. (1 Timotius 4:6) Kita mendapat makanan rohani melalui perjumpaan, perhimpunan, konvensyen, serta bahan bacaan dan video yang berdasarkan Bible. Semua ini membantu kita memahami kehendak Tuhan dan menguatkan hubungan kita dengan-Nya.

KETAHUILAH

Lihatlah mengapa kita memerlukan “hamba yang setia dan bijaksana,” iaitu Badan Pimpinan.

Badan Pimpinan memberikan makanan rohani, arahan, dan bantuan kepada Saksi-Saksi Yehuwa di seluas dunia

3. Umat Yehuwa harus teratur

Yesus membimbing Badan Pimpinan untuk mengatur kerja Saksi-Saksi Yehuwa. Aturan yang serupa juga wujud pada abad pertama. Mainkan VIDEO.

Baca 1 Korintus 14:33, 40, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah kita tahu Yehuwa ingin umat-Nya diatur dengan baik?

4. Hamba yang setia mengatur kerja menginjil

Kerja menginjil ialah kerja terpenting yang dilakukan oleh orang Kristian dahulu. Baca Kisah 8:14, 25, kemudian bincang soalan berikut:

  • Siapakah yang memimpin kerja penyebaran orang Kristian pada abad pertama?

  • Apakah yang dilakukan Petrus dan Yohanes setelah mendapat arahan rasul-rasul lain?

Kerja menginjil ialah kerja terpenting yang diaturkan oleh Badan Pimpinan. Mainkan VIDEO.

Bagi Yesus, kerja menginjil sangat penting. Baca Markus 13:10, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah kerja menginjil sangat penting bagi Badan Pimpinan?

  • Mengapakah kita memerlukan “hamba yang setia dan bijaksana” untuk mengatur kerja penyebaran sedunia?

5. Hamba yang setia memberikan arahan

Badan Pimpinan memberikan arahan kepada umat Yehuwa di seluas dunia. Adakah mereka memberi arahan sesuka hati? Lihatlah contoh badan pimpinan masa awal. Baca Kisah 15:1, 2, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah masalah yang timbul dalam sidang Kristian abad pertama?

  • Paulus, Barnabas, dan orang lain telah berjumpa dengan siapa untuk mendapat bimbingan?

Baca Kisah 15:12-18, 23-29, kemudian bincang soalan berikut:

  • Sebelum membuat keputusan, apakah yang telah dilakukan badan pimpinan untuk mendapat bimbingan Tuhan?​—Lihat ayat 1215, dan 28.

Baca Kisah 15:30, 31 dan 16:4, 5, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah reaksi orang Kristian awal setelah mendapat arahan daripada badan pimpinan?

  • Apakah berkat yang mereka peroleh kerana mematuhi arahan?

Baca 2 Timotius 3:16 dan Yakobus 1:5, kemudian bincang soalan berikut:

  • Dari manakah Badan Pimpinan hari ini mendapat bimbingan sebelum membuat keputusan?

ADA ORANG KATA: “Buat apa mahu ikut arahan Badan Pimpinan? Mereka pun manusia.”

  • Apakah yang meyakinkan anda bahawa Yesus sedang membimbing Badan Pimpinan?

RINGKASAN

Badan Pimpinan ialah “hamba yang setia dan bijaksana” yang dilantik oleh Kristus. “Hamba” ini memberikan arahan dan makanan rohani kepada umat Yehuwa di seluas bumi.

Ulang Kaji

  • Siapakah yang melantik “hamba yang setia dan bijaksana”?

  • Bagaimanakah Badan Pimpinan menjaga kita?

  • Adakah anda percaya bahawa Badan Pimpinan ialah “hamba yang setia dan bijaksana”?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajar bagaimana Badan Pimpinan memastikan makanan rohani yang kita terima dapat dipercayai.

Menghasilkan Bahan Bacaan yang Tepat (17:18)

Apakah pandangan Badan Pimpinan terhadap kerja yang diamanahkan oleh Yesus kepada mereka?

Suatu Penghormatan (7:04)

Bagaimanakah perjumpaan dan konvensyen membuktikan bahawa Yehuwa sedang membimbing Badan Pimpinan?

Yehuwa Mengajar Umat-Nya (9:39)