Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

“Impian Saya Menjadi Kenyataan”

“Impian Saya Menjadi Kenyataan”

“Impian Saya Menjadi Kenyataan”

Lima belas tahun lalu, Emilia seorang perintis biasa. Namun, dia terpaksa berhenti. Belakangan ini, dia sering mengingati kegembiraan yang dialaminya semasa merintis. Dia ingin bergiat dalam kerja penyebaran seperti yang dilakukannya dahulu.

Kerja sekular Emilia memakan terlalu banyak masa, dan hal ini menyebabkannya hilang sukacita. Suatu hari dia mengeluh di hadapan rakan sekerjanya, “Saya harap saya dapat kurangkan waktu kerja saya!” Majikannya mendapat tahu hal ini lalu berjumpa dengannya. Emilia berkata bahawa dia memang ingin mengurangkan waktu kerjanya. Tetapi Emilia perlu mendapatkan izin pengarah kerana syarikat itu tidak menerima pekerja separuh masa. Sebelum berjumpa dengan pengarah, dia bersiap sedia serta berdoa memohon ketenangan dan keberanian.

Dengan sopan dan berani Emilia meminta pengarahnya untuk mengurangkan waktu kerjanya. Emilia menjelaskan bahawa dia menggunakan waktu lapang untuk membantu orang. “Saya salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa yang membantu orang secara rohani. Nilai moral manusia semakin terhakis. Mereka memerlukan bimbingan moral, dan saya berkongsi dengan mereka kebijaksanaan daripada Bible. Saya tidak ingin kerja saya di sini dijejaskan oleh kegiatan peribadi, tetapi saya mahu lebih banyak masa untuk membantu orang lain. Itulah sebabnya saya ingin mengurangkan waktu kerja.”

Pengarah itu berkata bahawa dia juga pernah terfikir untuk melakukan kerja kebajikan. Dia memahami permintaan Emilia dan mengizinkannya untuk mengurangkan waktu kerja. Tetapi dia bertanya, “Adakah kamu sedar bahawa gaji kamu akan dikurangkan juga?” Emilia berkata bahawa dia sanggup membuat perubahan dalam hidupnya. Dia juga berkata, “Saya berasa gembira untuk membantu orang.” Pengarah itu sangat mengaguminya kerana sudi meluangkan masa untuk membantu orang lain.

Walaupun syarikat itu tidak menerima pekerja separuh masa, Emilia dibenarkan untuk bekerja empat hari seminggu. Emilia juga mendapat kenaikan gaji dan pendapatannya sama seperti dahulu! Dia berkata, “Impian saya menjadi kenyataan, dan saya dapat menjadi perintis biasa sekali lagi!”

Bolehkah anda membuat perubahan supaya dapat merintis atau berkhidmat sebagai perintis sekali lagi?

[Petikan daripada perenggan pada muka surat 32]

Pengarah itu sangat mengaguminya kerana sudi meluangkan masa untuk membantu orang lain