Lompat ke kandungan

Apakah Itu Kesengsaraan Besar?

Apakah Itu Kesengsaraan Besar?

Jawapan Bible

 Kesengsaraan besar akan membawa kesusahan besar yang belum pernah berlaku terhadap umat manusia. Menurut nubuat Bible, peristiwa itu akan terjadi pada “hari-hari terakhir” atau “akhir zaman.” (2 Timotius 3:1; Daniel 12:4) “Kesengsaraan sebegini tidak pernah berlaku semenjak Tuhan menciptakan segala-galanya sehingga sekarang, dan tidak akan berlaku lagi.”​—Markus 13:19; Daniel 12:1; Matius 24:21, 22.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa kesengsaraan besar

Peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas kesengsaraan besar

  •   Syaitan dan malaikat-malaikatnya dikurung. Satu malaikat agung akan membuang Syaitan dan malaikat-malaikatnya “ke dalam jurang yang dalam,” yang melambangkan keadaan tidak aktif. (Wahyu 20:​1-3) Keadaan Syaitan di dalam jurang yang dalam itu sama seperti di dalam penjara; dia tidak dapat mempengaruhi segala peristiwa yang berlaku.​—Wahyu 20:7.

  •   Pemerintahan Seribu Tahun bermula. Pemerintahan Seribu Tahun Kerajaan Tuhan akan bermula. Pemerintahan Kerajaan Tuhan akan mendatangkan berkat besar kepada umat manusia. (Wahyu 5:​9, 10; 20:​4, 6) “Kumpulan besar manusia” yang tidak terhitung jumlahnya akan “selamat mengharungi kesengsaraan besar,” dan mereka akan menyaksikan permulaan Pemerintahan Seribu Tahun di bumi.​—Wahyu 7:​9, 14; Mazmur 37:​9-​11.

a Dalam buku Wahyu, agama palsu dilambangkan sebagai Babilon Besar atau “pelacur besar.” (Wahyu 17:​1, 5) Binatang buas berwarna merah marak, yang membinasakan Babilon Besar, melambangkan organisasi yang bertujuan untuk menyatukan dan mewakili bangsa-bangsa di seluruh dunia. Pada mulanya organisasi ini dikenali sebagai Liga Bangsa-Bangsa dan sekarang sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.